Rabu, 10 September 2008
Selasa, 9 September 2008
Cikgu dan anak murid
Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.
Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Nasyor:
"Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat :
"Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."
PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.
PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??
PART V
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus!
Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula.
Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
Mengenali bayi anda sejurus kelahiran

1. Bahagian kepala:
Bentuk kepala bayi anda mungkin berbentuk agak ganjil (tidak bersimetri) disebabkan oleh tekanan semasa proses kelahiran. Bentuk kepala akan kembali normal selepas beberapa minggu.
Bahagian kepala bayi juga mempunyai fontanel iaitu bahagian ubun-ubun kepala atau tompok lembut ditengah-tengah kepala. Keadaan ini disebabkan oleh tulang tengkorak yang masih belum bersambung dan pada kebiasaannya ia akan sempurna terbentuk menjelang usia 18 bulan.
2. Bahagian mata:
Warna mata bayi biasanya berwarna biru. Jika warna mata putih bayi kekuningan menunjukkan hatinya yang belum berfungsi sepenuhnya. Ia berlaku pada usia 2-3 hari. Namun ada juga penyakit kuning yang serius.
Kelopak mata bayi akan kelihatan membengkak.
3. Bahagian kaki dan tangan:
Biasanya terdapat kesan kebiruan atau berbintik pada bahagian tangan dan kaki. Ini kerana peredaran darah bayi yang baru lahir belum berkembang sepenuhnya. Selain itu berlaku juga pengelupasan kulit.
4. Bahagian buah dada:
Buah dada akan kelihatan agak besar atau membengkak. Ianya adalah normal bagi kedua-dua jantina.
5. Bahagian kulit:
Biasanya kulit bayi baru lahir berbintik biru atau kelabu terutamanya pada punggung dan anggota badan. Selain itu ada juga yang menganggap sebagai tanda lahir. Ia mengambil masa untuk hilang.
Bulu roma halus akan kelihatan agak ketara dan akan hilang selepas beberapa minggu.
6. Bahagian kemaluan:
Bagi bayi perempuan yang baru lahir vulvanya akan kelihatan bengkak dengan warna kemerah-merahan. Kemungkinan juga terdapat lelehan jernih dari faraj. Manakala bagi bayi lelaki pula skrotumnya juga kelihatan membengkak dan kemerah-merahan.
7. Warna Najis:
Najis bayi selepas 24 jam akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan. Ia akan berubah warna selepas bayi mulai makan.
8. Bahagian kuku:
Lazimnya kuku bayi baru lahir agak panjang. Jadi bayi baru lahirperlu dipakaikan sarung tangan bagi mengelakkan ia mencalarkan kulitnya.
Jumaat, 5 September 2008

For Dad During Pregnancy
Week 13: Get in There!
If she's talking about the new baby more with her girlfriends and mother than with you, it's up to you to get yourself in the game.If you're feeling left out of the pregnancy process, don't just stand there feeling sorry for yourself — do something about it. Your partner has a lot on her mind (and a lot to get off her chest), and if she's talking about the new baby more with her girlfriends and mother than with you, it's up to you to get yourself in the game. She may not even realize she's leaving you out, or she may not think you're that interested (especially if you haven't acted that interested), or she may be hesitant to "burn out" the topic this early in the pregnancy. Set her at ease by bringing it up yourself. And if you really feel left out (or even if you don't), start looking into your company's paternity-leave policy. This way you'll be sure not to be left out of all the fun after the baby is born.See more tips for dad during pregnancy.
Your Pregnant Body This Week
Week 13 of Pregnancy: Vaginal Discharge
Known in medicalese as leukorrhea (try getting that right in a spelling bee), your perfectly normal new discharge is thin, milky, mild-smelling (or odorless), and can be expected to increase as your pregnancy progresses.Feeling better yet? Now that you're just a week away from the second trimester, you should be feeling pretty good soon (after all, the second trimester doesn't get its reputation for being the easiest and most comfortable of the three trimesters for nothing). But if you're not feeling better yet, don't worry. While most early pregnancy symptoms will probably soon be behind you, some women find that nausea and fatigue linger into the fourth and even fifth months. And unfortunately, for some women, those and other usual first trimester suspects (such as bloating, constipation, headaches, and breast tenderness) can continue to some extent throughout pregnancy.
Advertisement
document.write('');
Of course, even though the second trimester is known as the trimester of smooth sailing, it doesn't mean you'll be symptom-free in the near future. Far from it. Something else you might have noticed recently is an increase in your vaginal discharge. Known in medicalese as leukorrhea (try getting that right in a spelling bee), this perfectly normal discharge is thin, milky, mild-smelling (sometimes even odorless), and can be expected to increase as your pregnancy progresses. Leukorrhea is caused by the stepped-up production of estrogen (your other pregnancy hormone pal) as well as the increased blood flow to the pelvic area. Its purpose is noble: to protect the birth canal from infection and maintain a healthy balance of bacteria in the vagina. Unfortunately, in achieving its noble purpose, leukorrhea can make a mess of your underwear. If it'll make you more comfortable, you can use a panty-liner (never a tampon) to absorb the discharge. But don't take it any further than that. Never douche while you're pregnant. Actually, it's really never a good idea to douche; douching can upset the normal balance of microorganisms in the vagina and can lead to vaginal infections. Douching can also force air into the vagina during pregnancy, which can be dangerous.
Your Baby's Development This Week
Week 13 of Pregnancy: Fetal Growth Rates
Your fetus is now about three inches long, the size of a peach — and half of that length is head. By the time your baby is ready to make his or her entrance into the world, the head will be only one-fourth as large as the body.
Your fetus is now about three inches long and the size of a peach. But don't compare your fetus with the fetus next door. Starting about now, babies begin growing at different paces, some faster than others, some more slowly, though they all follow the same developmental path. Growing at a universally breakneck speed now is your baby's body as it tries to catch up to the head in terms of size. Though your baby's head is about half the size of its body now, by the time your baby is ready to make his or her entrance into the world, the head will be only one-fourth as large as the body. Your baby's intestines are also in for some big changes right now. Up till this point, they've been growing in a cavity inside the umbilical cord; but now they're moving to their permanent (and more conveniently located) address, in your baby's abdomen. And to serve your growing baby's needs, the placenta is also growing. It weighs about an ounce now and will weigh one to two pounds at birth (something else you'll soon be able to blame your weight gain on!).
Advertisement
document.write('');
Also developing this week: your baby's vocal chords. Because sound can't travel through your uterus (your baby's current habitat), you won't be able to hear any sounds or cries just yet, but oh boy (or girl) — those vocal chords will get a good workout once that baby is born.
Apakah masalah-masalah yang selalunya dihadapi di awal kehamilan?
Masalah-masalah biasa yang berlaku ketika kehamilan ialah:
Mabuk hamil
- Ia selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala ia berlarutan melepasi minggu ke 13.
- Ia mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil. Inilah yang menyebabkan mabuk hamil.
- Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya mengandung meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan keadaan ini, makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit. Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur. Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah. Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.
Sembelit
- Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus. Oleh yang demikian ia memperlahankan pergerakan bahan makanan.
- Minumlah lebih banyak air dan tambahkan lebih banyak serat dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian.
- Anda perlu elak dari mengambil julap semasa hamil.
Pedih hulu hati
- Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.
- Ubat antasid boleh membantu melegakan pedih hulu hati ini. Ingat bahawa anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini.
Sakit Belakang
- Berat badan bayi dalam kandungan menyebabkan perubahan kepada pusat graviti. Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda mempunyai postur yang tidak baik.
- Untuk mengurangkan sakit belakang:
- Pakai kasut tumit yang rendah.
- Ampukan belakang anda apabila duduk.
- Tidur di atas tilam yang keras.
- Berjumpa doktor anda jika sakit belakang menjadi semakin teruk
Buasir
- Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil.
- Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut.
- Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk buasir.
Tidak dapat tidur (insomnia)
- Kesukaran untuk tidur di waktu malam disebabkan oleh naik turunnya emosi mengandung.
- Elakkan dari makan terlalu banyak sebelum tidur. Cuba tidur dalam kedudukan yang lebih selesa.
- Jika perlu, elak dari mengambil ubat penenang atau ubat tidur semasa mengandung. Ubat penenang dan pil tidur ini boleh membahayakan anak dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor jika anda benar-benar memerlukannya ketika anda sedang mengandung.
Gatal-gatal
- Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut.
- Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.
Sembab/bengkak di kaki dan buku lali
- Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak diperlukan.
- Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar. Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.
Vena varikos
- Vena varikos selalunya terjadi di kaki. Di kalangan sesetengah wanita ia berlaku di bibir faraj.
- Elakkan dari berdiri terlalu lama
- Gunakan stoking untuk melegakan keadaan.
- Kekejangan kaki
- Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan kalsium
- Biasanya dirawat dengan tablet kalsium.
Serangan pengsan
- Selalunya berlaku dalam minggu ke 28 yang pertama dan seringkali disebabkan postur.
- Pembesaran rahim menekan saluran aorta dan vena cava yang merupakan saluran darah besar terletak di belakang rahim. Pengurangan pengaliran darah balik ke jantung akan berlaku jika anda bangun secara tiba-tiba.
- Tukar postur anda secara perlahan-lahan untuk mengelak dari masalah ini.
Kerap membuang air kecil
- Ini kerapkali berlaku di awal kehamilan disebabkan pembesaran rahim yang memberi tekanan ke atas pundi kencing.
- Keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
Terasa sakit, kerap membuang air kecil dan bangun pada waktu malam lebih dari sekali mungkin merupakan tanda jangkitan saluran kencing yang sangat biasa semasa mengandung.
Peningkatan lelehan dari faraj.
- Ini disebabkan oleh peningkatan rembesan yang dihasilkan oleh pangkal rahim.
- Terasa kebas dan berdenyut-denyut di jari-jari?
- Ini boleh diatasi melalui fisioterapi dan senaman
Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan semasa mengandung?
Di setiap lawatan:
- Pesakit akan ditanya mengenai keadaan kesihatan amnya terutamanya mengenai selera makan, loya, muntah, mabuk hamil, masalah usus yang berkaitan, kesakitan dalam abdomen atau pendarahan melalui faraj.
- Pesakit akan ditimbang. Puratanya berat badan seorang ibu mengandung harus meningkat pada kadar 0.5 kg setiap minggu antara minggu ke 15 hingga minggu ke 38.
- Tekanan darah akan diambil setiap kali lawatan. Hanya bacaan sebelum minggu ke 12 sahaja yang memberi garis dasar tekanan darah yang betul.
- Kaki dan buku lali akan diperiksa untuk melihat sama wujudnya sembab (bengkak) ataupun tidak yang selalunya disebabkan oleh pembendungan air dan garam. Ini juga menunjukkan adanya masalah lain yang lebih serius seperti penyakit jantung atau buah pinggang, praeklampsia atau anemia yang teruk.
Ujian-ujian yang dilakukan secara rutin di setiap lawatan ialah:
- Sampel air kencing - ujian batang celup selalunya digunakan untuk mengesan bahan protein dan gula dalam air kencing. Jika terdapatnya bahan protein yang berterusan dalam air kencing atau jika pesakit menunjukkan gejala jangkitan saluran kencing, sampel air kencing yang di tengah-tengah akan diambil untuk pemeriksaan kultur.
- Paras hemoglobin juga akan diperiksa setiap bulan. Ibu mengandung digalakkan mengambil pil zat besi dan asid folik tambahan. Bagi ibu yang memiliki paras hemoglobin kurang dari 10 gml perlu disiasat lebih lanjut dengan menjalani pemeriksaan gambaran darah lengkap, air kencing untuk kultur dan najis untuk ujian ova dan sista.
- Ibu mengandung yang negatif rhesus (D) tanpa antibodi pada lawatan pertama mereka perlu diuji sekali lagi pada minggu ke 28 dan minggu ke 34 - 38. Jika antibodi rhesus dikesan pada lawatan yang pertama atau berlaku ketika hamil, ujian-ujian antibodi seterusnya perlu dilakukan lebih kerap dan diberi rawatan yang sepatutnya. Mereka juga perlu dirujuk kepada doktor pakar.
Apakah harapan ibu mengandung ke atas khidmat jagaan semasa mengandung selepas 28 minggu kehamilan?
Apabila kehamilan itu meningkat, beberapa perkara menjadi semakin penting. Antaranya ialah:
- Penambahan berat badan merupakan petanda keseluruhan kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungannya.
- Saringan untuk mengesan praeklampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung) kerana keadaan ini boleh membawa komplikasi yang serius kepada ibu dan kandungannya. Kewujudan protein, walaupun sedikit, dalam air kencing (proteinuria) adalah satu petanda yang penting.
- Pengukuran ketinggian fundus boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan saiz janin dan tumbesarannya.
- Palpitasi rahim boleh diguna untuk menentukan:
~Kedudukan janin (kekaitan paksi membujur janin dengan ibunya). Perubahan pada kedudukan adalah perkara biasa selepas minggu ke 32 bagi wanita yang mengandung kali pertama dan selepas minggu 36 bagi ibu yang telah biasa mengandung.
~Presentasi janin seperti songsang.
~Engagemen (apabila kedudukan janin telah menurun ke bahagian pelvis) janin ketika lawatan susulan
Rahim lebih besar dari tarikhnya dan juga sama ada terdapat lebih dari satu janin. Ini boleh dipastikan melalui pengimbasan ultrasound
Penilaian pergerakan janin boleh digunakan sebagai panduan kasar untuk menentukan keadaan kesihatan janin. Carta gerakan janin atau carta tendangan selalunya digunakan oleh ibu-ibu untuk memantau gerakan janin mereka sendiri. Ibu-ibu boleh mula menggunanya selepas minggu ke 34.
Pemeriksaan ultrasound yang bersiri perlu dilakukan untuk ibu yang berisiko tinggi seperti mereka yang menghadapi masalah perubatan untuk memantau tumbesaran janin mereka.
Sebarang pendarahan selepas 28 minggu kehamilan perlu diberi perhatian yang serius dan perlu disiasat untuk memastikan puncanya. Penyebab pendarahan yang berlaku dalam semester ketiga adalah termasuk plasenta previa dan abrupsi plasenta (pautkan ke topik berkenaan). Kedua-dua masalah ini memerlukan rujukan segera kepada pakar untuk rawatan selanjutnya.
Bagaimanakah ibu mengandung yang berisiko dapat dikenalpasti?
Jagaan ibu mengandung yang berkala dan tekal seharusnya dapat mengenalpasti mana-mana ibu hamil yang berisiko.
Faktor risiko selalunya dikaitkan dengan:
- umur dan pariti (jumlah anak yang berjaya dilahirkan hidup).
- faktor yang menunjukkan umur janin yang tidak pasti.
- Faktor-faktor yang terdapat pada sejarah kehamilan masa lalu yang ada kaitannya dengan kematian janin dan penyakit-penyakit tertentu.
- Masalah-masalah kesihatan ibu mengandung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang, masalah jantung yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan. Pada masa yang sama meletakkan ibu berkenaan dalam ketegori mereka yang berisiko tinggi.
Bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi ini jagaan semasa mengandung perlu dikongsi bersama dengan doktor swasta ataupun hanya diletakkan di bawah jagaan pakar-pakar dalam satu pasukan di hospital
Apakah tujuan melakukan saringan ultrasound semasa mengandung?
Di Malaysia, pemeriksaan ultrasound bukanlah sesuatu yang rutin dilakukan untuk semua ibu mengandung. Di tempat-tempat yang memiliki kemudahan ini ianya sangat baik jika dilakukan di trimester pertama dan pada minggu yang ke 18. Kemudian diulang, mungkin di minggu ke 34 untuk melihat tumbesaran janin dan kedudukan uri.
- Ia dilakukan apabila tarikh kedatangan haid yang terakhir tidak diketahui dan juga di kalangan pesakit yang kedatangan haidnya tidak menentu.
Tujuan ultrasound ialah:
- Dilakukan di awal kehamilan untuk mendapat maklumat berhubung dengan jumlah janin, kebolehhidupannya dan untuk menentukan umur janin dengan tepat.
- Ia membantu mendiagnoskan komplikasi kehamilan lebih awal, seperti pengguguran tertinggal, kehamilan ektopik dan kehamilan molar.
- Ia membantu mendiagnoskan keadaan janin seperti anensefali, spina bifida dan keabnormalan kromosom seperti sindrom Down. Juga mengesan masalah yang mungkin wujud di penghujung kehamilan seperti plasenta previa juga boleh didiagnoskan.
- Pengimbasan awal boleh membantu menentukan jangkaan tarikh kelahiran.
Bagaimanakah ultrasound ini dilakukan?
Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Anda hanya perlu berbaring di atas kerusi panjang dan gel ultrasound akan disapukan ke perut anda supaya imej bayi anda akan dapat dilihat dengan jelas. Gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi akan dihasilkan oleh kuar ultrasound dan ia digunakan untuk menghasilkan gambar bayi. Anda akan dapat melihatnya di skrin. Gambar yang terbaik dapat dihasilkan apabila pundi kencing anda penuh. Oleh itu anda akan diminta untuk minum lebih banyak cecair sebelum prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di peringkat awal kehamilan. Di akhir kehamilan anda, rahim akan menonjol keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi perlu mengisi pundi kencing sebegitu banyak. Prosedur ini akan mengambil masa antara 5 minit hingga setengah jam, bergantung kepada bentuk pengimbas.
Apakah pemeriksaan yang lazimnya dilakukan pada kali pertama melawat klinik?
Antaranya termasuklah:
- Anggaran paras hemoglobin - untuk menentukan anemia
- Kumpulan jenis darah ABO dan Rhesus - adalah penting untuk mengenalpasti ibu yang mempunyai negatif Rhesusnya lebih awal bagi membolehkan mereka menerima anti-D globulin (rhogam) berikutan dari sesuatu keguguran, penamatan atau menjalani sesuatu prosedur yang invasif seperti amniocentesis. Penyerasian silang darah pesakit juga dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pesakit menghadapi pendarahan yang teruk dan memerlukan pemindahan darah.
- Ujian serologi untuk penyakit sifilis dan VDRL (veneral disease research laboratories) - ibu yang seropositif untuk penyakit sifilis perlu dirujuk ke klinik pakar venerologi supaya rawatan awal boleh diberikan.
- Ujian serologi untuk Hepatitis B - ujian ini bukanlah rutin tetapi hanya dilakukan untuk ibu mengandung yang disyorkan sahaja. Bagi pembawa Hepatitis B yang positif, anggota kesihatan yang melakukan pemeriksaan dan kelahiran ibu tersebut perlu lebih berhati-hati.
Di sesetengah klinik ujian saringan untuk HIV juga diljalankan.
Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan fizikal?
Pemeriksaan fizikal selalunya dilakukan oleh doktor atau jururawat semasa lawatan pertama dibuat. Ketinggian, berat badan dan tekanan darah ibu akan diambil. Sebarang bentuk keabnormalan akan direkodkan dan jantung, paru-paru serta payudara akan diperiksa. Pemeriksaan-pemeriksaan lain yang akan dijalankan adalah termasuk pemeriksaan gigi dan gusi kerana penyakit gigi dan gusi ini adalah biasa dan kemungkinan jagaan lanjut diperlukan.
Abdomen dan pelvis juga akan diperiksa untuk menentukan saiz rahim. Pemeriksaan menggunakan spekulum perlu dijalankan untuk mengambil calitan pangkal rahim bersama swab faraj bagi memeriksa kewujudan sebarang jangkitan. Beberapa perkara akan dilakukan di klinik, seperti:
*Pemeriksaan tekanan darah - peningkatan tekanan darah merupakan satu dari tanda-tanda tekanan darah tinggi ketika hamil. Ini adalah satu masalah yang serius.
*Ujian air kencing untuk mengesan bahan protein (merupakan tanda praeklampsia) gula, nanah, darah dan lain-lain. Diabetes adalah perkara yang sangat biasa berlaku ketika hamil. Kewujudan gula dalam air kencing merupakan tanda pertama masalah ini.
*Berat badan - berat badan yang berlebihan mungkin disebabkan pengumpulan lemak atau cecair. Kurang penambahan berat badan mungkin menandakan bayi dalam kandungan tidak mendapat zat makanan atau nutrien yang cukup.
*Memeriksa perut - pemeriksaan abdomen dibuat untuk menentukan kedudukan bayi dalam kandungan; sama ada normal ataupun songsang. Periksa kedudukan kepala, sama ada ianya masih bebas atau telah "engage". Memeriksa saiz rahim untuk memastikan sama ada ia membesar mengikut tarikhnya ataupun tidak. Ini dapat dipastikan melalui palpitasi atau menggunakan pita ukuran untuk mengukur lilitan perut.
*Ujian-ujian darah.
*Pemeriksaan ultrasound.
LAWATAN SEMASA MENGANDUNG YANG PERTAMA
Jika ujian kehamilan anda positif, doktor atau jururawat anda akan memeriksa dan menasihatkan sewajarnya. Pada lawatan permulaan, sejarah atau latar belakang anda akan diambil sepenuhnya. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. Beberapa pemeriksaan asas yang rutin akan dibuat.
Dari sejarah yang diambil beberapa perkara berikut akan dijalankan:
*Pengiraan jangkaan tarikh kelahiran (EDD) akan dibuat. Bagi wanita yang mempunyai perjalanan haid yang tekal, pengiraan ini adalah berdasarkan kepada kedatangan haid yang terakhir. Anda perlu menyimpan diari kedatangan haid anda dan bawanya ke klinik ketika membuat lawatan yang pertama nanti. Ini sangat penting terutamanya jika kedatangan haid yang tidak menentu.
*Sejarah kehamilan sekarang seperti muntah, kesakitan atau pendarahan.
*Sejarah sakit puan (obstetrik) yang lalu yang penting, seperti:
~Tarikh dan tempat bersalin yang lepas.
~Jangka masa kehamilan, berat anak yang lahir (adakah bayi tersebut dilahirkan pramatang atau beratnya kurang dari 4 kg?)
~Kesan-kesan ke atas janin (adakah bayi yang dilahirkan itu hidup atau dilahirkan mati?
~Permulaan dan jangka masa pelahiran.
~Jenis kelahiran (adakah ia kelahiran normal, songsang, forseps, vakum atau Ceasarean?).
~Komplikasi-komplikasi yang berkaitan seperti penyakit tekanan darah tinggi, pendarahan postpartum (pendarahan selepas bersalin).
~Komplikasi pelahiran dan selepas bersalin.
~Jenis penyusuan yang diberi.
*Sejarah keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi atau tibi
*Kewujudan masalah-masalah perubatan sebelum ini.
*Sejarah pembedahan yang lalu terutamanya yang melibatkan pangkal rahim atau pernah mengalami D&C (pendilatan dan pengkuretan) sebelum ini.
*Sejarah sosial - seperti merokok, pengambilan dadah (yang diberikan oleh doktor atau yang disalahgunakan) dan alkohol.
Jagaan Semasa Mengandung
Apakah itu jagaan semasa mengandung?
Jagaan semasa mengandung merupakan khidmat yang diberi kepada ibu mengandung apabila sahaja ia disahkan hamil. Khidmat tersebut meliputi lawatan berjadual secara berkala ke klinik ibu mengandung, penilaian berterusan ke atas tumbesaran janin dan mengenalpasti faktor-faktor risiko yang mungkin wujud di kalangan ibu tersebut. Pengurusan seterusnya adalah sangat penting di samping memberi pendidikan dan nasihat kepada ibu serta keluarganya.
Jagaan ini akan berterusan sehinggalah ibu bersalin.
Apakah tujuan jagaan semasa mengandung?
Tujuannya adalah untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung itu sentiasa berada dalam keadaan sihat. Ini dilakukan dengan memantau kehamilan dan merawat segala masalah yang timbul. Jagaan semasa mengandung yang anda akan terima mungkin dianggap membebankan tetapi ia adalah untuk kebaikan anda bagi mengenalpasti masalah di peringkat lebih awal. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi anda untuk membuat lawatan secara berkala seperti yang dinasihatkan. Pemeriksaan yang dibuat secara tekal akan menghasilkan satu kehamilan yang sihat dan menjamin kelahiran yang selamat.Siapakah yang memberi khidmat ini?
Bagi kebanyakan ibu, adalah lebih senang jika jagaan ini diberikan oleh doktor keluarga dan pihak hospital. Bagi ibu-ibu yang mempunyai faktor risiko yang minima, seorang doktor, jururawat atau bidan sudah cukup untuk memberi sebahagian besar dari khidmat jagaan ini. Di Malaysia, jagaan semasa mengandung asas diberi oleh:
Jururawat Masyarakat yang ditempatkan di klinik masyarakat.
Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak yang dianggotai oleh jururawat kesihatan/jururawat terlatih dan jururawat masyarakat/bidan.
Doktor, jururawat dan bidan di klinik-klinik pakar Obstetrik dan Ginekologi di hospital-hospital.
Klinik-klinik doktor swasta.
Klinik pakar swasta.
Hospital bersalin swasta.
Apakah jagaan sebelum mengandung?
Jagaan sebelum mengandung merupakan jagaan yang diberi kepada wanita-wanita yang bakal menjadi ibu yang merancang untuk hamil di masa akan datang. Taraf kesihatan am bakal-bakal ibu ini boleh diperiksa dan usaha-usaha akan dilakukan untuk menstabilkan pengurusan sesuatu masalah yang wujud seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang, paru-paru atau masalah-masalah neurologi yang kronik. Implikasi atau kesan masalah-masalah ini semasa hamil ke atas ibu dan bayi akan dibincangkan kemudian. Keimunan atau ketahanan terhadap demam cacar air atau rubella, kesan bahaya dari pengambilan bahan-bahan tertentu seperti rokok, alkohol perlu diubahsuai. Terapi ubat-ubat tertentu mungkin perlu diubah atau dihentikan buat sementara waktu ketika hamil.
Pada umumnya, jagaan sebelum mengandung perlu meliputi:
Suntikan.
kaunseling genetik.
pengurusan beberapa masalah perubatan.
nasihat mengenai makanan atau diet.
nasihat mengenai dadah, alkohol dan merokok.
pengambilan pil perancang keluarga atau kontraseptik.
nasihat mengenai kehamilan di masa hadapan.
pendidikan kesihatan untuk kehamilan.
Ahad, 24 Ogos 2008
Sekadar Menyampaikan
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah . Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan minta ditunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid..
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab didalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar ‘untukmu agamamu, untukku agamaku‘ .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan Minda, kata pak cik ianya ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.
Ketiga, kuat fizikal. Kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut itu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Iqra’…..!
Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4.. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.
Malam Jumaat
Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka. “Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidurkan mereka dulu.”
“Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya.
“BISMILLAHHIRROHMAN NIRROHIM”
“Bang!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHULAZEEM ”
Tu la dahsyatnya malam Jumaat…
—————————————
Kiriman email sahabat SIM
Empat Perkara
“Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah…Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka….
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
—————————————-Petikan dari http://cacconsultan t.tripod. com/motivasi. html
3 Kali Saja Seumur Hidup
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. .aku bertanya pada Ibu. “Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah….?” Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah dibulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata…”Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..”
Keningku berkerut…. ….”Sedikit sekali Allah memanggil kita..?” Ibu tersenyum. “Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?” Saya menggelengkan kepala.
“Panggilan pertama adalah Azan“, ujar Ibu. “Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak “cepat marah” akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti”.
Saya terpekur…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah…
Ibu melanjutkan, “Shinta,
Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya “bergiliran” . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam.Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan “Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan”, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu”.
Mata saya semakin berkaca-kaca. Subhanal lah…… ..saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah…
“Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN” lanjut Ibu. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah…. …….Insya Allah syurga adalah balasannya.. ….”
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat. Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam…….. ….**
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama ‘Huraisy’ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapannyang kau cari?’ Huraisy pun menjawab, ‘Aku mahu mencari lima orang.’
‘Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.’
Rabu, 23 Julai 2008
Ungu - Andai Ku Tahu
kapan tiba ajalku
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai ku tahu…
kapan tiba masaku
Ku akan memohon,
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Andai ku tahu…
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu
Reff:
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga….
Andai ku tahu…kapan tiba ajalku
izinkan aku mengucap kata Taubat pada-Mu
Reff:
Aku takut akan semua dosa-dosaku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-Mu
Haha.a.a.haha.a.a.haha.a.a.a……….
Selasa, 22 Julai 2008
Nasi Kangkang
Nasi kukus x ape..bleh makan
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.
‘Eh, makin kurus nampak. Diet ke?’ kata saya setelah mempersilakannya duduk.
‘Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. Badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,’ balas Arifin.
‘Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar.’ Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
‘Orang rumah saya sakitlah, ustaz’, kata Arifin.
‘Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?’ saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
‘Entahlah.’ katanya perlahan,
‘Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,’kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.
‘Sakit apa, doktor pun tak tau,’tambahnya.
‘Dah pergi berubat kampung?’saya bertanya.
‘Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,’jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut
‘Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,’ tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman
seperti di penuhi darah beku.
‘Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,’ kata Arifin. Wajahnya sayu …
‘Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu’.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
‘Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,’tambah Arifin.
‘InsyaAllah. ‘ Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
‘Apa yang dia cakap masa meracau tu?’
‘Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah , orang dah sakit memang macam tu,’kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
‘Datang ya, ustaz . Saya tunggu,’katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
‘Jemput masuk ustaz,’ Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
‘Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,’ bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
‘Za.. Ni Ustaz Nahrawi datang,’kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya; ‘Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung’ .
‘Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,’ jawab Arifin.
‘Err,. dari mana datangnya bau yang…’ soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
‘Ooo. mmm, dari alat sulit dia,’kata Arifin perlahan. ‘Keluar lendir bercampur nanah’…
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
‘Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.’
‘Kalau macam tu, baguslah,’kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
‘Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,’ kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
‘Ustaz,’katanya,
‘Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu’
‘Kenapa?’pantas saya bertanya….
‘Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya’ . Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya ‘Kenapa?’
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
‘Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.’
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
‘Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.’Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.’ Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
‘Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,’kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.’
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. ‘Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa…’
‘Ampunkan dia?’ Arifin bertanya balik.
‘Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?’ tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
‘Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,’ jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
‘Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,’ jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
‘Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,’ kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
‘Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
‘Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
p/s: Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa semata-mata*
————————————–
Petikan dari kiriman email
Kisah Cinta Cicak
Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.
Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.
Orang itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!
Orang itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya…. AHHHH!
Orang itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.
Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.
Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.
Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan….. Seiring dengan berkembangnya teknologi,
akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.
JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!
Tanda-Tanda Hamil
* Tidak Datang haid.
* Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
* Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
* Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
* Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Perubahan pada payudara disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini tidak diketahui, mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat.
———————————————————————————————————————–
Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)
Jumaat, 11 Julai 2008
Khamis, 10 Julai 2008
Selasa, 8 Julai 2008
Kisah Semut, Lebah Dan Labah-Labah
Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.
Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya.
Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.
Apakah pilihan anda? Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu.
Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl. Itu menunjukkan ketiga-tiga binatang kecil ini sangat istimewa, penting lagi contoh-contoh terbaik untuk manusia. Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya, saya akan menilai sebagaimana berikut:
Semut.
Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Labah-labah.
Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.
Lebah.
Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat.
Ini dibuktikan dalam salah satu rancangan yang memaparkan kisah-kisah pelik tetapi benar terbitan Amerika Syarikat. Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh dan politik-politik tertentu.
Namun, saya tidak mahu mengambil sikap bodohnya. Tahukah anda sembut amat bodoh meskipun amat rajin. Jika ada seekor semut terjumpa seketul gula misalnya, dia akan segera pulang memberitahu rakan-rakannya. Lalu dia akan mengikut jalan yang sama yang digunakannya sehingga seketul gula itu ditemuinya kembali. Dia dan rakan-rakan akan menggunakan laluan yang sama untuk kembali ke situ dan begitulah seterusnya hinggalah makanan itu habis. Kemudian seluruh suku sakat dan kaum kerabatnya akan mengikut laluan yang sama juga walaupun ada jalan pintas yang lebih dekat.
Saya juga akan mengambil sikap labah-labah yang smart itu. Dia membina sarang dan duduk senang sepanjang masa. Konsepnya seperti bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Susah membina sarang berbaloi untuk hidup senang. Hidup memang perlu smart. Hanya orang smart akan dapat smart living melalui smart earning. Kaedahnya seperti menanam pokok pisang; menanam sekali makan selamanya. Samalah juga seperti menulis buku; menulis sekali tapi memunggut hasilnya sepanjang masa.
Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya. Tidak pernah kita lihat indung lebah ada yang besar ada yang kecil. Ia benar-benar seperti manusia yang pandai matematik dan sains atau seperti manusia yang lebih banyak menggunakan otak kirinya. Meskipun hebat segala segi, lebah boleh menyerang balik jika terancam. Sikap ini turut diperlukan sebab untuk membina kejayaan ada kalanya kita terpaksa bertindak untuk mengekalkan matlamat serta kedudukan daripada diganggu. Apabila umat Islam mula diperangi maka ALLAH memerintahkan Nabi s.a.w. menyerang balik. Maka hukum berperang dalam keadaan ini pun jelas. Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain.
Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah. “Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.
Jasa Bonda
Kau bersenang dia bekerja,
Untuk mu tiada terbatas,
Memberi tidak minta dibalas,
Ingin dibinanya untuk mu,
Kehidupan yang sempurna,
Punya kekuatan jiwa,
Punyai maruah,
Leterannya dari rasa luhur,
Menegur sebelum terlanjur,
Itulah yang diwarisi,
Pesan ibu terpahat di hati,
Beringat-ingatlah berpesan pesan,
Untuk kebaikan,
Marah bukan kebencian,
Tapi tanda sayang,
Engkau semakin dewasa,
Berjiwa merdeka,
Sedang dia semakin tua,
Membilang usia,
Di saat kau berjaya,
Dia tiada berdaya,
Semoga kau tak lupa,
Jasa bonda
Ahad, 6 Julai 2008
Cinta Sepohon Kurma (Tamar)
asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.
Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.
Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.
Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari bandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.
Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina. Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. "Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa.
Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." pokok kurma adalah diibaratkan seperti bapa saudara kita sendiri..? bingung dengan pengjlasan egyptianprincess cuba "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s." "Ringkasnya, dia umpama ''Qhali''(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya.
Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini
Selasa, 1 Julai 2008
Surah-Surah Amalan
Mengandungi 30 ayat. Surah ini jika dibaca setiap hari dapat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat dalam hati setiap insan dari kalangan umatku."
Surah al-Waqi'ah
Mengandungi 96 ayat. Rasulullah bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang membaca Surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya."
Surah Yasin
Mengandungi 83 ayat. Kegunaannya seperti yang diakui oleh kebanyakan ulama bahawa tidak dibacakan surah ini ketika berada dalam kesulitan kecuali dimudahkan Allah kesulitan itu.
Surah al-Ikhlas
Bacaan sebanyak tiga kali, pahalanya menyamai dengan membaca sebuah al-Quran
Zikir 'Subhanallah wa biham dihi'
Dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkata 'Subhanallah wa biham dihi' ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma di syurga."
Dalam riwayat lain Baginda bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang berkata 'Subhanallah wa biham dihi' 100 kali dalam sehari, dihapuskan kesalahannya meskipun kesalahan itu sebanyak buih di lautan."
Solat Sunat Rawatib
Untuk mendapat sebuah kediaman di syurga, Rasulullah s.a.w mengajar umatnya supaya mengerjakan solat sunat rawatib 12 rakaat dalam satu hari, dua rakaat sebelum fardu Subuh, dua sebelum fardu Zuhur serta dua selepasnya, dua selepas fardu Maghrib dan dua selepas fardu Isyak.
Kisah Neraka Jahannam
Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut.
Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
AnTaRa 9 MiMpi NaBi MuHaMMaD SAW...
7 Kalimah Mulia
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hariesok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
Khamis, 26 Jun 2008
Rahsia Jari Anda....
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang
aNuGeRaH
Dan TUHAN memberi saya KESULITAN-KESULITAN
untuk membuat saya KUAT......
Saya memohon KEBIJAKSANAAN....,
Dan TUHAN memberi saya PERSOALAN
untuk diSELESAIKAN......
Saya memohon KEMAKMURAN....,
Dan TUHAN memberi saya OTAK & TENAGA
untuk BEKERJA......
Saya memohon KETEGUHAN HATI....,
Dan TUHAN memberi saya BAHAYA
untuk di ATASI......
Saya memohon CINTA....,
Dan TUHAN memberi saya ORANG-ORANG BERMASALAH
untuk diTOLONG......
Saya memohon KEMURAHAN & KEBAIKAN HATI
Dan TUHAN memberi saya KESEMPATAN-KESEMPATAN
Saya tidak memperolehi apa yang saya ingin kan.....
Saya mendapatkan segala yang saya perlukan.........
HiTaM PuTiH KeHiDuPaN......

Kita sendiri Yang Corakkan,
Memanglah semuanya takdir TUHAN,
Tapi TUHAN tak suruh dok diam berpeluk tangan...
Kena ada usaha dan jalan,
Barulah sesuai ngan fitrahnya insan,
TUHAN dah beri akal dan fikiran,
Pandai-pandai sendiri ler camne nak gunakan...
Semakin hari masa semakin berkurangan,
Semua orang saling berkejaran,
Kalau kita tak ikut peredaran,
Alamatnya pasti ler kita ketinggalan...
Berhati-hati ler agar tak tersilap jalan,
Mentang-mentang lerr dunia banyak pilihan,
Kau main ambik jerr sebarangan,
Tanpa ambil kira catitan Malaikat Kiri dan Kanan....
Berkat usaha ditambah ngan kesungguhan,
Yakinlah kan beroleh kejayaan,
Tapi biar lerr kena cara dan amalan,
Jangan buat apa yang dilarang oleh TUHAN.....
~SeeIT~
BiCaRa HiDuP.....
BerTaNYa daLaM HaTi..,
Apa ErTi HiDuP iNi...?
BeRSoAL PaDa DiRi...,
BaHaGiAkAh Aku Di SiNi...?
BerDiaLoG Aku SeNDiRi...,
MaNa HaLa TuJu LanGKaH KaKi...?
AnDai Doa DiPanJaT...,
BaRuLaH DiKaTa Aku MenCaRi Nur ILLaHi..,
TeRaSa KoSoNg HiDuP iNi...,
SeOLaH WaRNa SuDaH LuPuT DiPaNdaNG MaTa...,
TeRaSa SePi PerJaLaNaN iNi...
SeOLaH KicaUaN TeLaH HiLaNg BerSaMa MaSa....,
TeRaSa GeLap KeiNDaHaN SeMaLaM,
SeOLaH CaHaYa SeGaN uNTuK MeNYiNaR SeMuLa,
BerKaTa LaGi PaDa HaTi...,
SeMaKiN PeNDeKKaH HiDuP...
YaNG DiRaSai PaNJaNG SeLaMa iNi....
-SeeIT-





