Lawatan semasa mengandung yang pertama
Jika ujian kehamilan anda positif, doktor atau jururawat anda akan memeriksa dan menasihatkan sewajarnya. Pada lawatan permulaan, sejarah atau latar belakang anda akan diambil sepenuhnya. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. Beberapa pemeriksaan asas yang rutin akan dibuat.
Dari sejarah yang diambil beberapa perkara berikut akan dijalankan:
*Pengiraan jangkaan tarikh kelahiran (EDD) akan dibuat. Bagi wanita yang mempunyai perjalanan haid yang tekal, pengiraan ini adalah berdasarkan kepada kedatangan haid yang terakhir. Anda perlu menyimpan diari kedatangan haid anda dan bawanya ke klinik ketika membuat lawatan yang pertama nanti. Ini sangat penting terutamanya jika kedatangan haid yang tidak menentu.
*Sejarah kehamilan sekarang seperti muntah, kesakitan atau pendarahan.
*Sejarah sakit puan (obstetrik) yang lalu yang penting, seperti:
~Tarikh dan tempat bersalin yang lepas.
~Jangka masa kehamilan, berat anak yang lahir (adakah bayi tersebut dilahirkan pramatang atau beratnya kurang dari 4 kg?)
~Kesan-kesan ke atas janin (adakah bayi yang dilahirkan itu hidup atau dilahirkan mati?
~Permulaan dan jangka masa pelahiran.
~Jenis kelahiran (adakah ia kelahiran normal, songsang, forseps, vakum atau Ceasarean?).
~Komplikasi-komplikasi yang berkaitan seperti penyakit tekanan darah tinggi, pendarahan postpartum (pendarahan selepas bersalin).
~Komplikasi pelahiran dan selepas bersalin.
~Jenis penyusuan yang diberi.
*Sejarah keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi atau tibi
*Kewujudan masalah-masalah perubatan sebelum ini.
*Sejarah pembedahan yang lalu terutamanya yang melibatkan pangkal rahim atau pernah mengalami D&C (pendilatan dan pengkuretan) sebelum ini.
*Sejarah sosial - seperti merokok, pengambilan dadah (yang diberikan oleh doktor atau yang disalahgunakan) dan alkohol.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan