Jumaat, 5 September 2008

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan semasa mengandung?

Di setiap lawatan:

  • Pesakit akan ditanya mengenai keadaan kesihatan amnya terutamanya mengenai selera makan, loya, muntah, mabuk hamil, masalah usus yang berkaitan, kesakitan dalam abdomen atau pendarahan melalui faraj.
  • Pesakit akan ditimbang. Puratanya berat badan seorang ibu mengandung harus meningkat pada kadar 0.5 kg setiap minggu antara minggu ke 15 hingga minggu ke 38.
  • Tekanan darah akan diambil setiap kali lawatan. Hanya bacaan sebelum minggu ke 12 sahaja yang memberi garis dasar tekanan darah yang betul.
  • Kaki dan buku lali akan diperiksa untuk melihat sama wujudnya sembab (bengkak) ataupun tidak yang selalunya disebabkan oleh pembendungan air dan garam. Ini juga menunjukkan adanya masalah lain yang lebih serius seperti penyakit jantung atau buah pinggang, praeklampsia atau anemia yang teruk.

Ujian-ujian yang dilakukan secara rutin di setiap lawatan ialah:

  • Sampel air kencing - ujian batang celup selalunya digunakan untuk mengesan bahan protein dan gula dalam air kencing. Jika terdapatnya bahan protein yang berterusan dalam air kencing atau jika pesakit menunjukkan gejala jangkitan saluran kencing, sampel air kencing yang di tengah-tengah akan diambil untuk pemeriksaan kultur.
  • Paras hemoglobin juga akan diperiksa setiap bulan. Ibu mengandung digalakkan mengambil pil zat besi dan asid folik tambahan. Bagi ibu yang memiliki paras hemoglobin kurang dari 10 gml perlu disiasat lebih lanjut dengan menjalani pemeriksaan gambaran darah lengkap, air kencing untuk kultur dan najis untuk ujian ova dan sista.
  • Ibu mengandung yang negatif rhesus (D) tanpa antibodi pada lawatan pertama mereka perlu diuji sekali lagi pada minggu ke 28 dan minggu ke 34 - 38. Jika antibodi rhesus dikesan pada lawatan yang pertama atau berlaku ketika hamil, ujian-ujian antibodi seterusnya perlu dilakukan lebih kerap dan diberi rawatan yang sepatutnya. Mereka juga perlu dirujuk kepada doktor pakar.

Apakah harapan ibu mengandung ke atas khidmat jagaan semasa mengandung selepas 28 minggu kehamilan?
Apabila kehamilan itu meningkat, beberapa perkara menjadi semakin penting. Antaranya ialah:

  • Penambahan berat badan merupakan petanda keseluruhan kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungannya.
  • Saringan untuk mengesan praeklampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung) kerana keadaan ini boleh membawa komplikasi yang serius kepada ibu dan kandungannya. Kewujudan protein, walaupun sedikit, dalam air kencing (proteinuria) adalah satu petanda yang penting.
  • Pengukuran ketinggian fundus boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan saiz janin dan tumbesarannya.
  • Palpitasi rahim boleh diguna untuk menentukan:
    ~Kedudukan janin (kekaitan paksi membujur janin dengan ibunya). Perubahan pada kedudukan adalah perkara biasa selepas minggu ke 32 bagi wanita yang mengandung kali pertama dan selepas minggu 36 bagi ibu yang telah biasa mengandung.
    ~Presentasi janin seperti songsang.
    ~Engagemen (apabila kedudukan janin telah menurun ke bahagian pelvis) janin ketika lawatan susulan

Rahim lebih besar dari tarikhnya dan juga sama ada terdapat lebih dari satu janin. Ini boleh dipastikan melalui pengimbasan ultrasound


Penilaian pergerakan janin boleh digunakan sebagai panduan kasar untuk menentukan keadaan kesihatan janin. Carta gerakan janin atau carta tendangan selalunya digunakan oleh ibu-ibu untuk memantau gerakan janin mereka sendiri. Ibu-ibu boleh mula menggunanya selepas minggu ke 34.


Pemeriksaan ultrasound yang bersiri perlu dilakukan untuk ibu yang berisiko tinggi seperti mereka yang menghadapi masalah perubatan untuk memantau tumbesaran janin mereka.
Sebarang pendarahan selepas 28 minggu kehamilan perlu diberi perhatian yang serius dan perlu disiasat untuk memastikan puncanya. Penyebab pendarahan yang berlaku dalam semester ketiga adalah termasuk plasenta previa dan abrupsi plasenta (pautkan ke topik berkenaan). Kedua-dua masalah ini memerlukan rujukan segera kepada pakar untuk rawatan selanjutnya.

Tiada ulasan: