Selasa, 9 September 2008

Cikgu dan anak murid

PART I
Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal.
Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.
Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Nasyor:
"Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat :
"Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART V
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus!
Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula.
Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Mengenali bayi anda sejurus kelahiran


Saat getir yang dilalui semasa kelahiran hilang sejurus bayi anda lahir. Saat indah ini sudah tentu ingin dikongsi bersama orang tersayang anda. Namun banyak yang perlu anda tahu tantang bayi anda. Selain doktor, anda juga perlu tahu tentang ciri-ciri fizikal umum bagi bayi baru lahir anda:
1. Bahagian kepala:
Bentuk kepala bayi anda mungkin berbentuk agak ganjil (tidak bersimetri) disebabkan oleh tekanan semasa proses kelahiran. Bentuk kepala akan kembali normal selepas beberapa minggu.
Bahagian kepala bayi juga mempunyai fontanel iaitu bahagian ubun-ubun kepala atau tompok lembut ditengah-tengah kepala. Keadaan ini disebabkan oleh tulang tengkorak yang masih belum bersambung dan pada kebiasaannya ia akan sempurna terbentuk menjelang usia 18 bulan.
2. Bahagian mata:
Warna mata bayi biasanya berwarna biru. Jika warna mata putih bayi kekuningan menunjukkan hatinya yang belum berfungsi sepenuhnya. Ia berlaku pada usia 2-3 hari. Namun ada juga penyakit kuning yang serius.
Kelopak mata bayi akan kelihatan membengkak.
3. Bahagian kaki dan tangan:
Biasanya terdapat kesan kebiruan atau berbintik pada bahagian tangan dan kaki. Ini kerana peredaran darah bayi yang baru lahir belum berkembang sepenuhnya. Selain itu berlaku juga pengelupasan kulit.
4. Bahagian buah dada:
Buah dada akan kelihatan agak besar atau membengkak. Ianya adalah normal bagi kedua-dua jantina.
5. Bahagian kulit:
Biasanya kulit bayi baru lahir berbintik biru atau kelabu terutamanya pada punggung dan anggota badan. Selain itu ada juga yang menganggap sebagai tanda lahir. Ia mengambil masa untuk hilang.
Bulu roma halus akan kelihatan agak ketara dan akan hilang selepas beberapa minggu.
6. Bahagian kemaluan:
Bagi bayi perempuan yang baru lahir vulvanya akan kelihatan bengkak dengan warna kemerah-merahan. Kemungkinan juga terdapat lelehan jernih dari faraj. Manakala bagi bayi lelaki pula skrotumnya juga kelihatan membengkak dan kemerah-merahan.
7. Warna Najis:
Najis bayi selepas 24 jam akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan. Ia akan berubah warna selepas bayi mulai makan.
8. Bahagian kuku:
Lazimnya kuku bayi baru lahir agak panjang. Jadi bayi baru lahirperlu dipakaikan sarung tangan bagi mengelakkan ia mencalarkan kulitnya.

Jumaat, 5 September 2008







For Dad During Pregnancy
Week 13: Get in There!
If she's talking about the new baby more with her girlfriends and mother than with you, it's up to you to get yourself in the game.If you're feeling left out of the pregnancy process, don't just stand there feeling sorry for yourself — do something about it. Your partner has a lot on her mind (and a lot to get off her chest), and if she's talking about the new baby more with her girlfriends and mother than with you, it's up to you to get yourself in the game. She may not even realize she's leaving you out, or she may not think you're that interested (especially if you haven't acted that interested), or she may be hesitant to "burn out" the topic this early in the pregnancy. Set her at ease by bringing it up yourself. And if you really feel left out (or even if you don't), start looking into your company's paternity-leave policy. This way you'll be sure not to be left out of all the fun after the baby is born.See more tips for dad during pregnancy.



Your Pregnant Body This Week
Week 13 of Pregnancy: Vaginal Discharge
Known in medicalese as leukorrhea (try getting that right in a spelling bee), your perfectly normal new discharge is thin, milky, mild-smelling (or odorless), and can be expected to increase as your pregnancy progresses.Feeling better yet? Now that you're just a week away from the second trimester, you should be feeling pretty good soon (after all, the second trimester doesn't get its reputation for being the easiest and most comfortable of the three trimesters for nothing). But if you're not feeling better yet, don't worry. While most early pregnancy symptoms will probably soon be behind you, some women find that nausea and fatigue linger into the fourth and even fifth months. And unfortunately, for some women, those and other usual first trimester suspects (such as bloating, constipation, headaches, and breast tenderness) can continue to some extent throughout pregnancy.
Advertisement
document.write('');
Of course, even though the second trimester is known as the trimester of smooth sailing, it doesn't mean you'll be symptom-free in the near future. Far from it. Something else you might have noticed recently is an increase in your vaginal discharge. Known in medicalese as leukorrhea (try getting that right in a spelling bee), this perfectly normal discharge is thin, milky, mild-smelling (sometimes even odorless), and can be expected to increase as your pregnancy progresses. Leukorrhea is caused by the stepped-up production of estrogen (your other pregnancy hormone pal) as well as the increased blood flow to the pelvic area. Its purpose is noble: to protect the birth canal from infection and maintain a healthy balance of bacteria in the vagina. Unfortunately, in achieving its noble purpose, leukorrhea can make a mess of your underwear. If it'll make you more comfortable, you can use a panty-liner (never a tampon) to absorb the discharge. But don't take it any further than that. Never douche while you're pregnant. Actually, it's really never a good idea to douche; douching can upset the normal balance of microorganisms in the vagina and can lead to vaginal infections. Douching can also force air into the vagina during pregnancy, which can be dangerous.



Your Baby's Development This Week
Week 13 of Pregnancy: Fetal Growth Rates
Your fetus is now about three inches long, the size of a peach — and half of that length is head. By the time your baby is ready to make his or her entrance into the world, the head will be only one-fourth as large as the body.
Your fetus is now about three inches long and the size of a peach. But don't compare your fetus with the fetus next door. Starting about now, babies begin growing at different paces, some faster than others, some more slowly, though they all follow the same developmental path. Growing at a universally breakneck speed now is your baby's body as it tries to catch up to the head in terms of size. Though your baby's head is about half the size of its body now, by the time your baby is ready to make his or her entrance into the world, the head will be only one-fourth as large as the body. Your baby's intestines are also in for some big changes right now. Up till this point, they've been growing in a cavity inside the umbilical cord; but now they're moving to their permanent (and more conveniently located) address, in your baby's abdomen. And to serve your growing baby's needs, the placenta is also growing. It weighs about an ounce now and will weigh one to two pounds at birth (something else you'll soon be able to blame your weight gain on!).
Advertisement
document.write('');

Also developing this week: your baby's vocal chords. Because sound can't travel through your uterus (your baby's current habitat), you won't be able to hear any sounds or cries just yet, but oh boy (or girl) — those vocal chords will get a good workout once that baby is born.

Apakah masalah-masalah yang selalunya dihadapi di awal kehamilan?

Masalah-masalah biasa yang berlaku ketika kehamilan ialah:


Mabuk hamil

  • Ia selalunya berlaku dalam minggu yang ke 4 dan berakhir sehingga minggu ke 12 atau 13. Kadangkala ia berlarutan melepasi minggu ke 13.
  • Ia mungkin disebabkan oleh meningkatnya sensitiviti terhadap hormon yang bertambah semasa hamil. Inilah yang menyebabkan mabuk hamil.
  • Tidak seperti loya yang dikaitkan dengan sesuatu penyakit, loya mengandung meningkat apabila perut kosong. Untuk mengelakkan keadaan ini, makanlah lebih kerap tetapi sedikit-sedikit. Cuba mengambil biskut atau roti di waktu pagi sebelum keluar dari tempat tidur. Elakkan dari makanan yang berlemak dan berempah. Pastikan pengaliran udara dalam rumah atau di tempat kerja dalam keadaan baik.

Sembelit

  • Keadaan ini berlaku kerana makanan yang dimakan bergerak terlalu perlahan melalui sistem penghadaman disebabkan oleh kesan progestron, iaitu sejenis hormon yang meningkat ketika hamil. Progestron akan mengendurkan otot usus. Oleh yang demikian ia memperlahankan pergerakan bahan makanan.
  • Minumlah lebih banyak air dan tambahkan lebih banyak serat dalam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin atau bijian.
  • Anda perlu elak dari mengambil julap semasa hamil.

Pedih hulu hati

  • Ini disebabkan oleh pengaliran balik asid dari perut. Ia menyebabkan terasa pedih di bahagian dada dan di bahagian belakang tekak.
  • Ubat antasid boleh membantu melegakan pedih hulu hati ini. Ingat bahawa anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat ini.

Sakit Belakang

  • Berat badan bayi dalam kandungan menyebabkan perubahan kepada pusat graviti. Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda mempunyai postur yang tidak baik.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang:
  • Pakai kasut tumit yang rendah.
  • Ampukan belakang anda apabila duduk.
  • Tidur di atas tilam yang keras.
  • Berjumpa doktor anda jika sakit belakang menjadi semakin teruk

Buasir

  • Buasir yang sederhana yang dialami akan menjadi menjadi lebih teruk semasa hamil dan boleh berlakunya trombos, terasa sakit dan mungkin berdarah semasa hamil.
  • Anemia boleh berlaku oleh sebab pendarahan yang teruk dari buasir tersebut.
  • Berjumpa doktor anda untuk mendapatkan ubat melembutkan najis dan ubat untuk buasir.

Tidak dapat tidur (insomnia)

  • Kesukaran untuk tidur di waktu malam disebabkan oleh naik turunnya emosi mengandung.
  • Elakkan dari makan terlalu banyak sebelum tidur. Cuba tidur dalam kedudukan yang lebih selesa.
  • Jika perlu, elak dari mengambil ubat penenang atau ubat tidur semasa mengandung. Ubat penenang dan pil tidur ini boleh membahayakan anak dalam kandungan. Dapatkan nasihat doktor jika anda benar-benar memerlukannya ketika anda sedang mengandung.

Gatal-gatal

  • Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut.
  • Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.

Sembab/bengkak di kaki dan buku lali

  • Sembab adalah perkara biasa dan normal ketika mengandung. Rawatan lazimnya tidak diperlukan.
  • Angkat kaki anda sedikit ketika baring untuk mengalirkan cecair keluar. Jika sembab menjadi semakin teruk berjumpalah doktor.

Vena varikos

  • Vena varikos selalunya terjadi di kaki. Di kalangan sesetengah wanita ia berlaku di bibir faraj.
  • Elakkan dari berdiri terlalu lama
  • Gunakan stoking untuk melegakan keadaan.
  • Kekejangan kaki
  • Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan kalsium
  • Biasanya dirawat dengan tablet kalsium.

Serangan pengsan

  • Selalunya berlaku dalam minggu ke 28 yang pertama dan seringkali disebabkan postur.
  • Pembesaran rahim menekan saluran aorta dan vena cava yang merupakan saluran darah besar terletak di belakang rahim. Pengurangan pengaliran darah balik ke jantung akan berlaku jika anda bangun secara tiba-tiba.
  • Tukar postur anda secara perlahan-lahan untuk mengelak dari masalah ini.

Kerap membuang air kecil

  • Ini kerapkali berlaku di awal kehamilan disebabkan pembesaran rahim yang memberi tekanan ke atas pundi kencing.
  • Keadaan ini tidak memerlukan rawatan.
    Terasa sakit, kerap membuang air kecil dan bangun pada waktu malam lebih dari sekali mungkin merupakan tanda jangkitan saluran kencing yang sangat biasa semasa mengandung.

Peningkatan lelehan dari faraj.

  • Ini disebabkan oleh peningkatan rembesan yang dihasilkan oleh pangkal rahim.
  • Terasa kebas dan berdenyut-denyut di jari-jari?
  • Ini boleh diatasi melalui fisioterapi dan senaman

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan semasa mengandung?

Di setiap lawatan:

  • Pesakit akan ditanya mengenai keadaan kesihatan amnya terutamanya mengenai selera makan, loya, muntah, mabuk hamil, masalah usus yang berkaitan, kesakitan dalam abdomen atau pendarahan melalui faraj.
  • Pesakit akan ditimbang. Puratanya berat badan seorang ibu mengandung harus meningkat pada kadar 0.5 kg setiap minggu antara minggu ke 15 hingga minggu ke 38.
  • Tekanan darah akan diambil setiap kali lawatan. Hanya bacaan sebelum minggu ke 12 sahaja yang memberi garis dasar tekanan darah yang betul.
  • Kaki dan buku lali akan diperiksa untuk melihat sama wujudnya sembab (bengkak) ataupun tidak yang selalunya disebabkan oleh pembendungan air dan garam. Ini juga menunjukkan adanya masalah lain yang lebih serius seperti penyakit jantung atau buah pinggang, praeklampsia atau anemia yang teruk.

Ujian-ujian yang dilakukan secara rutin di setiap lawatan ialah:

  • Sampel air kencing - ujian batang celup selalunya digunakan untuk mengesan bahan protein dan gula dalam air kencing. Jika terdapatnya bahan protein yang berterusan dalam air kencing atau jika pesakit menunjukkan gejala jangkitan saluran kencing, sampel air kencing yang di tengah-tengah akan diambil untuk pemeriksaan kultur.
  • Paras hemoglobin juga akan diperiksa setiap bulan. Ibu mengandung digalakkan mengambil pil zat besi dan asid folik tambahan. Bagi ibu yang memiliki paras hemoglobin kurang dari 10 gml perlu disiasat lebih lanjut dengan menjalani pemeriksaan gambaran darah lengkap, air kencing untuk kultur dan najis untuk ujian ova dan sista.
  • Ibu mengandung yang negatif rhesus (D) tanpa antibodi pada lawatan pertama mereka perlu diuji sekali lagi pada minggu ke 28 dan minggu ke 34 - 38. Jika antibodi rhesus dikesan pada lawatan yang pertama atau berlaku ketika hamil, ujian-ujian antibodi seterusnya perlu dilakukan lebih kerap dan diberi rawatan yang sepatutnya. Mereka juga perlu dirujuk kepada doktor pakar.

Apakah harapan ibu mengandung ke atas khidmat jagaan semasa mengandung selepas 28 minggu kehamilan?
Apabila kehamilan itu meningkat, beberapa perkara menjadi semakin penting. Antaranya ialah:

  • Penambahan berat badan merupakan petanda keseluruhan kesejahteraan ibu dan bayi dalam kandungannya.
  • Saringan untuk mengesan praeklampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung) kerana keadaan ini boleh membawa komplikasi yang serius kepada ibu dan kandungannya. Kewujudan protein, walaupun sedikit, dalam air kencing (proteinuria) adalah satu petanda yang penting.
  • Pengukuran ketinggian fundus boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan saiz janin dan tumbesarannya.
  • Palpitasi rahim boleh diguna untuk menentukan:
    ~Kedudukan janin (kekaitan paksi membujur janin dengan ibunya). Perubahan pada kedudukan adalah perkara biasa selepas minggu ke 32 bagi wanita yang mengandung kali pertama dan selepas minggu 36 bagi ibu yang telah biasa mengandung.
    ~Presentasi janin seperti songsang.
    ~Engagemen (apabila kedudukan janin telah menurun ke bahagian pelvis) janin ketika lawatan susulan

Rahim lebih besar dari tarikhnya dan juga sama ada terdapat lebih dari satu janin. Ini boleh dipastikan melalui pengimbasan ultrasound


Penilaian pergerakan janin boleh digunakan sebagai panduan kasar untuk menentukan keadaan kesihatan janin. Carta gerakan janin atau carta tendangan selalunya digunakan oleh ibu-ibu untuk memantau gerakan janin mereka sendiri. Ibu-ibu boleh mula menggunanya selepas minggu ke 34.


Pemeriksaan ultrasound yang bersiri perlu dilakukan untuk ibu yang berisiko tinggi seperti mereka yang menghadapi masalah perubatan untuk memantau tumbesaran janin mereka.
Sebarang pendarahan selepas 28 minggu kehamilan perlu diberi perhatian yang serius dan perlu disiasat untuk memastikan puncanya. Penyebab pendarahan yang berlaku dalam semester ketiga adalah termasuk plasenta previa dan abrupsi plasenta (pautkan ke topik berkenaan). Kedua-dua masalah ini memerlukan rujukan segera kepada pakar untuk rawatan selanjutnya.

Bagaimanakah ibu mengandung yang berisiko dapat dikenalpasti?

Jagaan ibu mengandung yang berkala dan tekal seharusnya dapat mengenalpasti mana-mana ibu hamil yang berisiko.
Faktor risiko selalunya dikaitkan dengan:

  • umur dan pariti (jumlah anak yang berjaya dilahirkan hidup).
  • faktor yang menunjukkan umur janin yang tidak pasti.
  • Faktor-faktor yang terdapat pada sejarah kehamilan masa lalu yang ada kaitannya dengan kematian janin dan penyakit-penyakit tertentu.
  • Masalah-masalah kesihatan ibu mengandung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang, masalah jantung yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan. Pada masa yang sama meletakkan ibu berkenaan dalam ketegori mereka yang berisiko tinggi.

Bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi ini jagaan semasa mengandung perlu dikongsi bersama dengan doktor swasta ataupun hanya diletakkan di bawah jagaan pakar-pakar dalam satu pasukan di hospital

Apakah tujuan melakukan saringan ultrasound semasa mengandung?

Di Malaysia, pemeriksaan ultrasound bukanlah sesuatu yang rutin dilakukan untuk semua ibu mengandung. Di tempat-tempat yang memiliki kemudahan ini ianya sangat baik jika dilakukan di trimester pertama dan pada minggu yang ke 18. Kemudian diulang, mungkin di minggu ke 34 untuk melihat tumbesaran janin dan kedudukan uri.

  • Ia dilakukan apabila tarikh kedatangan haid yang terakhir tidak diketahui dan juga di kalangan pesakit yang kedatangan haidnya tidak menentu.

Tujuan ultrasound ialah:

  • Dilakukan di awal kehamilan untuk mendapat maklumat berhubung dengan jumlah janin, kebolehhidupannya dan untuk menentukan umur janin dengan tepat.
  • Ia membantu mendiagnoskan komplikasi kehamilan lebih awal, seperti pengguguran tertinggal, kehamilan ektopik dan kehamilan molar.
  • Ia membantu mendiagnoskan keadaan janin seperti anensefali, spina bifida dan keabnormalan kromosom seperti sindrom Down. Juga mengesan masalah yang mungkin wujud di penghujung kehamilan seperti plasenta previa juga boleh didiagnoskan.
  • Pengimbasan awal boleh membantu menentukan jangkaan tarikh kelahiran.

Bagaimanakah ultrasound ini dilakukan?
Prosedur ini tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Anda hanya perlu berbaring di atas kerusi panjang dan gel ultrasound akan disapukan ke perut anda supaya imej bayi anda akan dapat dilihat dengan jelas. Gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi akan dihasilkan oleh kuar ultrasound dan ia digunakan untuk menghasilkan gambar bayi. Anda akan dapat melihatnya di skrin. Gambar yang terbaik dapat dihasilkan apabila pundi kencing anda penuh. Oleh itu anda akan diminta untuk minum lebih banyak cecair sebelum prosedur ini dijalankan. Ini dilakukan di peringkat awal kehamilan. Di akhir kehamilan anda, rahim akan menonjol keluar dari rerongga pelvis dan anda tidak lagi perlu mengisi pundi kencing sebegitu banyak. Prosedur ini akan mengambil masa antara 5 minit hingga setengah jam, bergantung kepada bentuk pengimbas.

Apakah pemeriksaan yang lazimnya dilakukan pada kali pertama melawat klinik?

Antaranya termasuklah:

  • Anggaran paras hemoglobin - untuk menentukan anemia
  • Kumpulan jenis darah ABO dan Rhesus - adalah penting untuk mengenalpasti ibu yang mempunyai negatif Rhesusnya lebih awal bagi membolehkan mereka menerima anti-D globulin (rhogam) berikutan dari sesuatu keguguran, penamatan atau menjalani sesuatu prosedur yang invasif seperti amniocentesis. Penyerasian silang darah pesakit juga dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pesakit menghadapi pendarahan yang teruk dan memerlukan pemindahan darah.
  • Ujian serologi untuk penyakit sifilis dan VDRL (veneral disease research laboratories) - ibu yang seropositif untuk penyakit sifilis perlu dirujuk ke klinik pakar venerologi supaya rawatan awal boleh diberikan.
  • Ujian serologi untuk Hepatitis B - ujian ini bukanlah rutin tetapi hanya dilakukan untuk ibu mengandung yang disyorkan sahaja. Bagi pembawa Hepatitis B yang positif, anggota kesihatan yang melakukan pemeriksaan dan kelahiran ibu tersebut perlu lebih berhati-hati.
    Di sesetengah klinik ujian saringan untuk HIV juga diljalankan.

Apakah yang dilakukan ketika pemeriksaan fizikal?

Pemeriksaan fizikal selalunya dilakukan oleh doktor atau jururawat semasa lawatan pertama dibuat. Ketinggian, berat badan dan tekanan darah ibu akan diambil. Sebarang bentuk keabnormalan akan direkodkan dan jantung, paru-paru serta payudara akan diperiksa. Pemeriksaan-pemeriksaan lain yang akan dijalankan adalah termasuk pemeriksaan gigi dan gusi kerana penyakit gigi dan gusi ini adalah biasa dan kemungkinan jagaan lanjut diperlukan.
Abdomen dan pelvis juga akan diperiksa untuk menentukan saiz rahim. Pemeriksaan menggunakan spekulum perlu dijalankan untuk mengambil calitan pangkal rahim bersama swab faraj bagi memeriksa kewujudan sebarang jangkitan. Beberapa perkara akan dilakukan di klinik, seperti:
*Pemeriksaan tekanan darah - peningkatan tekanan darah merupakan satu dari tanda-tanda tekanan darah tinggi ketika hamil. Ini adalah satu masalah yang serius.
*Ujian air kencing untuk mengesan bahan protein (merupakan tanda praeklampsia) gula, nanah, darah dan lain-lain. Diabetes adalah perkara yang sangat biasa berlaku ketika hamil. Kewujudan gula dalam air kencing merupakan tanda pertama masalah ini.
*Berat badan - berat badan yang berlebihan mungkin disebabkan pengumpulan lemak atau cecair. Kurang penambahan berat badan mungkin menandakan bayi dalam kandungan tidak mendapat zat makanan atau nutrien yang cukup.
*Memeriksa perut - pemeriksaan abdomen dibuat untuk menentukan kedudukan bayi dalam kandungan; sama ada normal ataupun songsang. Periksa kedudukan kepala, sama ada ianya masih bebas atau telah "engage". Memeriksa saiz rahim untuk memastikan sama ada ia membesar mengikut tarikhnya ataupun tidak. Ini dapat dipastikan melalui palpitasi atau menggunakan pita ukuran untuk mengukur lilitan perut.
*Ujian-ujian darah.
*Pemeriksaan ultrasound.

LAWATAN SEMASA MENGANDUNG YANG PERTAMA

Lawatan semasa mengandung yang pertama

Jika ujian kehamilan anda positif, doktor atau jururawat anda akan memeriksa dan menasihatkan sewajarnya. Pada lawatan permulaan, sejarah atau latar belakang anda akan diambil sepenuhnya. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan. Beberapa pemeriksaan asas yang rutin akan dibuat.

Dari sejarah yang diambil beberapa perkara berikut akan dijalankan:
*Pengiraan jangkaan tarikh kelahiran (EDD) akan dibuat. Bagi wanita yang mempunyai perjalanan haid yang tekal, pengiraan ini adalah berdasarkan kepada kedatangan haid yang terakhir. Anda perlu menyimpan diari kedatangan haid anda dan bawanya ke klinik ketika membuat lawatan yang pertama nanti. Ini sangat penting terutamanya jika kedatangan haid yang tidak menentu.
*Sejarah kehamilan sekarang seperti muntah, kesakitan atau pendarahan.
*Sejarah sakit puan (obstetrik) yang lalu yang penting, seperti:
~Tarikh dan tempat bersalin yang lepas.
~Jangka masa kehamilan, berat anak yang lahir (adakah bayi tersebut dilahirkan pramatang atau beratnya kurang dari 4 kg?)
~Kesan-kesan ke atas janin (adakah bayi yang dilahirkan itu hidup atau dilahirkan mati?
~Permulaan dan jangka masa pelahiran.
~Jenis kelahiran (adakah ia kelahiran normal, songsang, forseps, vakum atau Ceasarean?).
~Komplikasi-komplikasi yang berkaitan seperti penyakit tekanan darah tinggi, pendarahan postpartum (pendarahan selepas bersalin).
~Komplikasi pelahiran dan selepas bersalin.
~Jenis penyusuan yang diberi.
*Sejarah keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi atau tibi
*Kewujudan masalah-masalah perubatan sebelum ini.
*Sejarah pembedahan yang lalu terutamanya yang melibatkan pangkal rahim atau pernah mengalami D&C (pendilatan dan pengkuretan) sebelum ini.
*Sejarah sosial - seperti merokok, pengambilan dadah (yang diberikan oleh doktor atau yang disalahgunakan) dan alkohol.

Jagaan Semasa Mengandung

Apakah itu jagaan semasa mengandung?
Jagaan semasa mengandung merupakan khidmat yang diberi kepada ibu mengandung apabila sahaja ia disahkan hamil. Khidmat tersebut meliputi lawatan berjadual secara berkala ke klinik ibu mengandung, penilaian berterusan ke atas tumbesaran janin dan mengenalpasti faktor-faktor risiko yang mungkin wujud di kalangan ibu tersebut. Pengurusan seterusnya adalah sangat penting di samping memberi pendidikan dan nasihat kepada ibu serta keluarganya.
Jagaan ini akan berterusan sehinggalah ibu bersalin.


Apakah tujuan jagaan semasa mengandung?
Tujuannya adalah untuk memastikan ibu dan bayi yang dikandung itu sentiasa berada dalam keadaan sihat. Ini dilakukan dengan memantau kehamilan dan merawat segala masalah yang timbul. Jagaan semasa mengandung yang anda akan terima mungkin dianggap membebankan tetapi ia adalah untuk kebaikan anda bagi mengenalpasti masalah di peringkat lebih awal. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi anda untuk membuat lawatan secara berkala seperti yang dinasihatkan. Pemeriksaan yang dibuat secara tekal akan menghasilkan satu kehamilan yang sihat dan menjamin kelahiran yang selamat.Siapakah yang memberi khidmat ini?
Bagi kebanyakan ibu, adalah lebih senang jika jagaan ini diberikan oleh doktor keluarga dan pihak hospital. Bagi ibu-ibu yang mempunyai faktor risiko yang minima, seorang doktor, jururawat atau bidan sudah cukup untuk memberi sebahagian besar dari khidmat jagaan ini. Di Malaysia, jagaan semasa mengandung asas diberi oleh:

Jururawat Masyarakat yang ditempatkan di klinik masyarakat.
Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak yang dianggotai oleh jururawat kesihatan/jururawat terlatih dan jururawat masyarakat/bidan.
Doktor, jururawat dan bidan di klinik-klinik pakar Obstetrik dan Ginekologi di hospital-hospital.
Klinik-klinik doktor swasta.
Klinik pakar swasta.
Hospital bersalin swasta.


Apakah jagaan sebelum mengandung?
Jagaan sebelum mengandung merupakan jagaan yang diberi kepada wanita-wanita yang bakal menjadi ibu yang merancang untuk hamil di masa akan datang. Taraf kesihatan am bakal-bakal ibu ini boleh diperiksa dan usaha-usaha akan dilakukan untuk menstabilkan pengurusan sesuatu masalah yang wujud seperti diabetes, tekanan darah tinggi, masalah buah pinggang, paru-paru atau masalah-masalah neurologi yang kronik. Implikasi atau kesan masalah-masalah ini semasa hamil ke atas ibu dan bayi akan dibincangkan kemudian. Keimunan atau ketahanan terhadap demam cacar air atau rubella, kesan bahaya dari pengambilan bahan-bahan tertentu seperti rokok, alkohol perlu diubahsuai. Terapi ubat-ubat tertentu mungkin perlu diubah atau dihentikan buat sementara waktu ketika hamil.

Pada umumnya, jagaan sebelum mengandung perlu meliputi:
Suntikan.
kaunseling genetik.
pengurusan beberapa masalah perubatan.
nasihat mengenai makanan atau diet.
nasihat mengenai dadah, alkohol dan merokok.
pengambilan pil perancang keluarga atau kontraseptik.
nasihat mengenai kehamilan di masa hadapan.
pendidikan kesihatan untuk kehamilan.