Jagaan ibu mengandung yang berkala dan tekal seharusnya dapat mengenalpasti mana-mana ibu hamil yang berisiko.
Faktor risiko selalunya dikaitkan dengan:
- umur dan pariti (jumlah anak yang berjaya dilahirkan hidup).
- faktor yang menunjukkan umur janin yang tidak pasti.
- Faktor-faktor yang terdapat pada sejarah kehamilan masa lalu yang ada kaitannya dengan kematian janin dan penyakit-penyakit tertentu.
- Masalah-masalah kesihatan ibu mengandung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit buah pinggang, masalah jantung yang boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan. Pada masa yang sama meletakkan ibu berkenaan dalam ketegori mereka yang berisiko tinggi.
Bagi ibu-ibu yang berisiko tinggi ini jagaan semasa mengandung perlu dikongsi bersama dengan doktor swasta ataupun hanya diletakkan di bawah jagaan pakar-pakar dalam satu pasukan di hospital

Tiada ulasan:
Catat Ulasan