Khamis, 26 Jun 2008

Rahsia Jari Anda....

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima.

Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang

aNuGeRaH

saya memohon KEKUATAN....,
Dan TUHAN memberi saya KESULITAN-KESULITAN
untuk membuat saya KUAT......
Saya memohon KEBIJAKSANAAN....,
Dan TUHAN memberi saya PERSOALAN
untuk diSELESAIKAN......
Saya memohon KEMAKMURAN....,
Dan TUHAN memberi saya OTAK & TENAGA
untuk BEKERJA......
Saya memohon KETEGUHAN HATI....,
Dan TUHAN memberi saya BAHAYA
untuk di ATASI......
Saya memohon CINTA....,
Dan TUHAN memberi saya ORANG-ORANG BERMASALAH
untuk diTOLONG......
Saya memohon KEMURAHAN & KEBAIKAN HATI
Dan TUHAN memberi saya KESEMPATAN-KESEMPATAN

Saya tidak memperolehi apa yang saya ingin kan.....

Saya mendapatkan segala yang saya perlukan.........

HiTaM PuTiH KeHiDuPaN......


Baik atau buruknya kehidupan,
Kita sendiri Yang Corakkan,
Memanglah semuanya takdir TUHAN,
Tapi TUHAN tak suruh dok diam berpeluk tangan...
Kena ada usaha dan jalan,
Barulah sesuai ngan fitrahnya insan,
TUHAN dah beri akal dan fikiran,
Pandai-pandai sendiri ler camne nak gunakan...
Semakin hari masa semakin berkurangan,
Semua orang saling berkejaran,
Kalau kita tak ikut peredaran,
Alamatnya pasti ler kita ketinggalan...
Berhati-hati ler agar tak tersilap jalan,
Mentang-mentang lerr dunia banyak pilihan,
Kau main ambik jerr sebarangan,
Tanpa ambil kira catitan Malaikat Kiri dan Kanan....
Berkat usaha ditambah ngan kesungguhan,
Yakinlah kan beroleh kejayaan,
Tapi biar lerr kena cara dan amalan,
Jangan buat apa yang dilarang oleh TUHAN.....
~SeeIT~

BiCaRa HiDuP.....


BerTaNYa daLaM HaTi..,
Apa ErTi HiDuP iNi...?
BeRSoAL PaDa DiRi...,
BaHaGiAkAh Aku Di SiNi...?
BerDiaLoG Aku SeNDiRi...,
MaNa HaLa TuJu LanGKaH KaKi...?
AnDai Doa DiPanJaT...,
BaRuLaH DiKaTa Aku MenCaRi Nur ILLaHi..,
TeRaSa KoSoNg HiDuP iNi...,
SeOLaH WaRNa SuDaH LuPuT DiPaNdaNG MaTa...,
TeRaSa SePi PerJaLaNaN iNi...
SeOLaH KicaUaN TeLaH HiLaNg BerSaMa MaSa....,
TeRaSa GeLap KeiNDaHaN SeMaLaM,
SeOLaH CaHaYa SeGaN uNTuK MeNYiNaR SeMuLa,
BerKaTa LaGi PaDa HaTi...,
SeMaKiN PeNDeKKaH HiDuP...
YaNG DiRaSai PaNJaNG SeLaMa iNi....
-SeeIT-