Surah al-Mulk
Mengandungi 30 ayat. Surah ini jika dibaca setiap hari dapat menyelamatkan kita daripada seksaan kubur. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat dalam hati setiap insan dari kalangan umatku."
Surah al-Waqi'ah
Mengandungi 96 ayat. Rasulullah bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang membaca Surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya."
Surah Yasin
Mengandungi 83 ayat. Kegunaannya seperti yang diakui oleh kebanyakan ulama bahawa tidak dibacakan surah ini ketika berada dalam kesulitan kecuali dimudahkan Allah kesulitan itu.
Surah al-Ikhlas
Bacaan sebanyak tiga kali, pahalanya menyamai dengan membaca sebuah al-Quran
Zikir 'Subhanallah wa biham dihi'
Dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadis yang bermaksud:
"Sesiapa yang berkata 'Subhanallah wa biham dihi' ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma di syurga."
Dalam riwayat lain Baginda bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang berkata 'Subhanallah wa biham dihi' 100 kali dalam sehari, dihapuskan kesalahannya meskipun kesalahan itu sebanyak buih di lautan."
Solat Sunat Rawatib
Untuk mendapat sebuah kediaman di syurga, Rasulullah s.a.w mengajar umatnya supaya mengerjakan solat sunat rawatib 12 rakaat dalam satu hari, dua rakaat sebelum fardu Subuh, dua sebelum fardu Zuhur serta dua selepasnya, dua selepas fardu Maghrib dan dua selepas fardu Isyak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan